Pages

Khamis

Habbatussauda Untuk Rawatan Sakit Tekak dan Batuk

Salam semua....I have something to share.
Beberapa bulan yang lepas, saya mengalami sakit tekak dan batuk yang berkahak. Sehinggakan kalau batuk tu sampai sakit dada dibuatnya dan tekak jadi sangat perit, so, kalau malam nak tidur tu sy terpaksa kemam strepsil supaya tekak tak kering dan sakit. Jadi disebabkan saya refuse untuk makan ubat batuk, selesema dan antibiotik, jadi saya usahakan sendiri untuk mengubati sakit tekak ni. Ubatnya adalah HABBATUSSAUDA.
Habbatusauda ni sangat2 berkesan mengubati sakit2 yang berkaitan kerongkong spt sakit tekak atau batuk. Ini saya dapat drpd buku ttg khasiat habbatussauda, madu, b.putih dll. Caranya mudah aje, ambil satu atau dua sudu kecil biji habbatussauda dan direbus dengan segelas air sehingga ianya mendidih. Kemudian, biarkan air rebusan itu sehingga suam and then berkumur menggunakan air rebusan tadi. Pastikan air tu kena pd bahagian tekak kita.....buat beberapa kali smpi puas hati.
Yang kedua ambil satu sudu kecil biji habbatussauda direndam dgn secawan air panas dan minum macam air teh. Kalo boleh bijinya dikunyah2 sekali....jgn dibuang. Last sekali ambil minyak habbatussauda dan disapu pada bahagian kerongkong kat luar.....
Itulah dia 3 kaedah utk merawat sakit tekak dan batuk juga. Malam itu jgk saya dapat tidur tanpa rasa xselesa kat tekak slps buat 3 step nih....Slps bbrp kali rawatan, sakit tekak saya hilang mcm itu shj dgn izin Allah swt. Batuk pun hilang...di samping tu sy amalkan minum madu.
Kalo kita pening2..kata mak sy.....just ambik biji habbatussauda nih dan dibungkus dgn kain perca dibuat spt bunjut, lps tu hidu aroma habbatussauda....Insya Allah, akan dpt mengurangkan pening tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamatkan Diri Anda Wahai Wanita Sekelian.

 Assalamualaikum semua. Topik pada kali ini mungkin akan mengundang tanda tanya para pembaca, nak selamatkan diri daripada siapa dan apa?  D...