Pages

Isnin

Selamatkan Diri Anda Wahai Wanita Sekelian.

 Assalamualaikum semua.

Topik pada kali ini mungkin akan mengundang tanda tanya para pembaca, nak selamatkan diri daripada siapa dan apa? 

Dan bagaimana?

Saya bukanlah orang yang arif dalam hal-hal agama, cumanya saya ingin berkongsi dan ingin mengingati diri sendiri dan sahabat-sahabat semua terutamanya kaum wanita. Especially yang sudah berkahwin!

Ingat lagi tak kisah perjalanan Rasulullah SAW dalam Israk & Mikraj. Baginda melihat penghuni Neraka kebanyakannya adalah terdiri daripada kaum wanita. Walaupun pahit untuk dihadam dan ditelan tetapi itulah hakikatnya. Pasti kita mempercayai kata-kata Rasulullah SAW lebih daripada diri sendiri, kan?

Jadi, dipendekkan bicara, perbanyakkan lah berSEDEKAH wahai sahabat-sahabatku. Jangan kedekut dengan harta yang kita miliki. Janji Allah SWT pasti benar. Yang ikhlas bersedekah tidak akan rugi baik di dunia dan di akhirat.

Saya bercakap dari perspektif orang2 biasa yang imannya ada naik dan turunnya, sebab saya pun selalu buat silap!😢😢 Of course, sedangkan lidah lagi tergigit, lagikan pula ......sambung sendiri ye....

Dan saya sendiri kadang-kala leka dengan dunia sendiri, keluarga dan kerjaya sehingga terlupa bahawasanya ada orang-orang di sekeliling kita yang sangat memerlukan bantuan dan pertolongan kita baik segi kewangan, tenaga, masa dan sebagainya.

Selain banyakkan memohon ampun kepada Allah SWT ....berSEDEKAH adalah antara usaha2 kita untuk selamatkan diri ketika berada di alam sana....

Tanamkan azam untuk istiqomah dalam bersedekah. Kalau dapat bersedekah setiap hari tu kira baguslah. Paling kurang pun seminggu sekali iaitu mengikut kemampuan masing-masing.

Jom kita BERSEDEKAH.

Sampai bertemu kembali, bye.





Teeth Scaling / Scaling Gigi

Sebenarnya ini baru kali kedua sy buat scaling, cuma kali ini berbayar sebab masa first time dulu tu buat kat klinik gigi di universiti, so tak perlu lah bayar. Berbalik kpd scaling tadi, ramai di antara kita yang mungkin tak pernah atau sekali-sekala je pegi buat prosedur pembersihan gigi ni....macam sy ni hah, baru kali kedua....huhu. Masing-masing dengan alasan tersendiri, kerjalah, tak sempat, lambat nak tunggu giliran (klinik kerajaan), mahal (klinik swasta), takutla....dan mcm-mcm lagi.

Jadi apa sebenarnya scaling gigi nih? Perlu ke?Tak cukup ke dengan menggosok gigi 2 kali sehari atau tiap kali selepas makan?Ada side effect ke? Nak tahu lebih lanjut kenalah Google ye...cuz sy ni bukan doktor gigi...huhu.

So, nak cerita pengalaman sendiri buat scaling di sebuah klinik swasta di hometown sy. Proses keseluruhannya tidaklah memakan masa yang lama, dalam setengah jam gitu (bergantung berapa banyak tartar yang melekat di gigi...huhu) dan tidak terlalu sakit sehingga tahap nak menangis ke apa cuma rasa ngilu semasa doktor menggunakan alat iaitu ultrasonic scaler untuk mengeluarkan karang gigi atau plak keras yang melekat di gigi kita hasil tindak balas sisa-sisa makanan dan bakteria dalam mulut. Gusi sy bukan la kategori yg terlalu sensitif jadi masih boleh bertahan walaupun muka berkerut-kerut dibuatnya menahan ngilu dan sakit sikit. Dan doktor sendiri pun pesan kalau tak tahan kena bagitau dia....tapi alhamdulillah.....ok..

Semasa scaling dibuat doktor akan bersihkan tiap-tiap gigi yang kita ada luar dan dalam sehingga plak-plak atau kalkulus yang menempel selama bertahun-tahun tu dikeluarkan. Disebabkan karang gigi tu sudah lama dan keras jadi gusi akan berdarah sedikit.



   






Gambar : google

Selepas doktor buat scaling, dia akan buat polishing jugak dan bahan yang diletak tu rasanya macam ubat gigi . So, last sekali sy diminta berkumur dengan ubat kumur. Selesai juga akhirnya setelah lama bertangguh untuk buat scaling. Sebenarnya, kita disarankan buat scaling ni 6 bulan sekali kerana apa, ianya dapat mencegah daripada penyakit gusi dan juga kaviti daripada terbentuk.

Gigi terasa sangat bersih dan licin selepas buat scaling. Satu lagi, prosedur ini adalah selamat. Dan harga rawatan untuk scaling di klinik ini pun takde lah mahal manapun dalam range RM45 - RM50 sahaja. Untuk maintain kebersihan gigi, kena sentiasa menggosok gigi dengan cara yang betul dan amalkan flos gigi selalu.

Selamat Membaca.....



Skrub dan Sabun Coffee aka Sabun Kopi Yang Sedang Viral.....jom buat sendiri!

D.I.Y Coffee Scrub.

Dengan adanya waktu cuti sek hujung tahun yg agak panjang, of course sy dan keluarga akan balik ke kampung seperti selalu. Dan dalam dok sibuk-sibuk dengan pelbagai urusan dan tanggungjawab, sempat juga bershopping di hometown sendiri dan rupa2nya sy ni agak ketinggalan dengan produk2 yang dok tgh viral di media sosial/ kalangan peminat kecantikan/ penjual produk kecantikan. Kononya yang sedang 'hangat' di pasaran adalah sabun kopi dan skrub kopi. aka Coffee Scrub.Coffee Soap. What ever !

Owh jadinya ramai yang sanggup mencuba produk yang sedang viral di pasaran fizikal atau maya ni...hihi. Walaupun dikatakan sedang hot tapi sy xde lak nk terbeli satu pun eventhough my sisters mmg dah terjebak dengan skrub/sabun kopi nih!. Tak pelah lagipun harganya xdelah mahal mana pun...mampu beli. Nak2 pulak kalo pegi beli kat Mundok (Siam).

So kepada yang sayang duit nak beli sabun/skrub kopi atau nak rasa lebih puas hati dengan menghasilkan skrub yang simple sendiri di rumah....jom kita mulakan! Saya mmg peminat skrub kopi sejak dari dulu lagi sebelum ianya diviralkan kerana mempunyai kulit yang berminyak dan sukakan aromanya. Believe me, u're gonna love it.....
 
Bahan-bahan (yg sudah pastinya ada di rumah):

1. 2 atau 3 sudu besar beras yang disangai atau digoreng tanpa minyak (untuk tahan lama).
2. 2 sudu atau lebih serbuk coffee arabica/ robusta/lain2 jenis yang anda suka.
3. 1 sudu kecil garam bukit halus/rock salt (pilihan/optional)/ atau gula.
4. 1,2  titik Essential oil (pilihan/optional)

Kemudian, hanya perlu campurkan semua bahan2 tadi dan blend kering sehingga betul2 halus supaya dpt digunakan untuk skrub muka sekali....kalo kasar sgt kan nanti pedih2 la pulak...huhu.

Senang kan? Jimat kan? Selamat kan? Tapi yang penting puas hati, betul tak?

So nanti bila dah ready nak pergi bersiram aka mandi...ambillah sebanyak mana pun yg anda suka tanpa rasa bersalah di hati...kih2. Yang baki simpan dalam bekas kedap udara.

Yang palingggggg senanggg lagi.....kalo taknak campur2...blend2 bagai nih....nak habaq mai cek cedok aje 2, 3 sudu kopi drpd balang kopi mak hangpa dan terus dibawa seludup ke bilik mandi....hahaha.

Teruskanlah menyental dengan skrub kopi...pasti tak menyesal dengan hasilnya! Kulit jadi lembut, lembap dan bersih....

So, tunggu apa lagi.....jom buat sekarang.

Sabtu

Skrub Bibir Kegemaranku....

Long Time No Entry....that is for real....cuz i m so bz with my own life....as a etc etc....

So, entry kali ni sy nak share cara-cara membuat skrub bibir yang sgtttt la ohsem.....cuz i love it very very much....super easy pulak tu...so this is how to prepare the homemade scrub....yg penting it's so NATURAL and CHEMICAL FREE ......lol.

Bahan-bahannya :
1. 2 sudu besar gula putih
2. 1 sudu kecil madu asli
3. 1 sudu kecil jus lemon

Cara-caranya :
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas dan gaulkan sehingga mendapat hasil seperti di bawah ini...kalau terlalu berair boleh la tambah gula lagi....adjust ikut suka hati .


2. Taraaaaa.....da siap!!!

3. Bleh la mula menyental bibirmu dengan gerakan memutar tapi jgn terlalu kasar ye...seminggu 2,3 kali....bakinya disimpan dalam peti ais....and rasanya pulak masam2 manis.....kalo termakan pun xde sapa yg tau dan ianya SELAMAT...hihi....

SELAMAT MENCUBA!!!


Khamis

Habbatussauda Untuk Rawatan Sakit Tekak dan Batuk

Salam semua....I have something to share.
Beberapa bulan yang lepas, saya mengalami sakit tekak dan batuk yang berkahak. Sehinggakan kalau batuk tu sampai sakit dada dibuatnya dan tekak jadi sangat perit, so, kalau malam nak tidur tu sy terpaksa kemam strepsil supaya tekak tak kering dan sakit. Jadi disebabkan saya refuse untuk makan ubat batuk, selesema dan antibiotik, jadi saya usahakan sendiri untuk mengubati sakit tekak ni. Ubatnya adalah HABBATUSSAUDA.
Habbatusauda ni sangat2 berkesan mengubati sakit2 yang berkaitan kerongkong spt sakit tekak atau batuk. Ini saya dapat drpd buku ttg khasiat habbatussauda, madu, b.putih dll. Caranya mudah aje, ambil satu atau dua sudu kecil biji habbatussauda dan direbus dengan segelas air sehingga ianya mendidih. Kemudian, biarkan air rebusan itu sehingga suam and then berkumur menggunakan air rebusan tadi. Pastikan air tu kena pd bahagian tekak kita.....buat beberapa kali smpi puas hati.
Yang kedua ambil satu sudu kecil biji habbatussauda direndam dgn secawan air panas dan minum macam air teh. Kalo boleh bijinya dikunyah2 sekali....jgn dibuang. Last sekali ambil minyak habbatussauda dan disapu pada bahagian kerongkong kat luar.....
Itulah dia 3 kaedah utk merawat sakit tekak dan batuk juga. Malam itu jgk saya dapat tidur tanpa rasa xselesa kat tekak slps buat 3 step nih....Slps bbrp kali rawatan, sakit tekak saya hilang mcm itu shj dgn izin Allah swt. Batuk pun hilang...di samping tu sy amalkan minum madu.
Kalo kita pening2..kata mak sy.....just ambik biji habbatussauda nih dan dibungkus dgn kain perca dibuat spt bunjut, lps tu hidu aroma habbatussauda....Insya Allah, akan dpt mengurangkan pening tadi.

Rabu

Jamuan raya : Sate ayam kuah kacang.

Salam perkenalan buat semua yg sudi mengunjugi blog peribadi milik saya ini.
Hari Ahad walaupun cuti tp agak kepenatan jg krn seharian mengemas dan menolong suami memasak mknn utk student2 dia yg dtg beraya ke rumah kuarters kami yg tidak seberapa ini.
Thn dpn insya Allah baru lah dpt merasa tinggal di rumah
sendiri. Sblm ini tdk merancang pun utk membeli rumah di sini tetapi memandangkan we all masih lagi di sini, terasa rugi plak kalo tak beli rumah skrg. Harga rumah pun bukannya semakin murah ttp smkn tak msk akal plak harganya. Nasiblah...
Berbalik kpd menu hari, we all berdua sediakan sate ayam + kuah kacang+nasi impit, bihun goreng , spagetti bebola daging, sandwich sardin bermayonis dan jus oren + air teh.
Walaupun tak la banyak sgt juadahnya tp penat tak usah cerita lah.....sbb we all sediakan sendiri semuanya kecuali jus oren... he he he...kebetulan kat Giant offer F&N Fruit Tree Orange 1.5 l RM3.00 sebotol.
Sate yg suami buat mmg marvelous ...plus kuah kacang yg kawe buat pun bleh la tahan....hi3.

Resepi Kuah Kacang Sedap...(sukatan bahan main hentam2 saja).

Bahan2 nya:
Kacang tanah dlm 3 cwn
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 4 ulas
Cili kisar 2 cawan
Serai 2,3 batang
Belacan sikit
Gula Nisan sekeping dua
Air asam jawa

Caranya mudah aje:
Panaskan minyak kelapa sawit dlm secawan
Tumiskan bwg merah dan putih (suka letak b.putih, tak nak pun tak pe)
Tambahkan belacan dan cili kisar....masak sampai garing. Jgn lupa masukkan serai ye...
Masukkan kacang yang telah disangai dan dikisar
Lepas tu tambah air asam jawa
Masukkan gula gerek@nisan dan perasa
Dah pun siap....dr segi kepekatan tu bolehlah adjust ikut suka hati.....






Selasa

Mari tukar kepada cloth pad ....

Akhirnya berjaya jugak sy siapkan cp yg pertama....berbulan2 menangguhkan hasrat utk menghasilkan cp sendiri instead of beli yg ada kat online. Mcm2 design dan harga. Bukannya xpernah guna atau buat tp yang ini cp zaman skrg...dulu2 masa zaman sekolah jarang sangat guna pad yang dijual kat kedai2 atau pasaraya...biasanya pakai cp. Jadi utk mengembalikan rutin menggunakan cp yang mana ternyata lebih selamat drpd menggunakan pad biasa, jadi saya gagahkan diri merajinkan tangan dan kaki utk menjahit cp menggunakan kain2 yang ada kat store rumah. Tp xsanggup plak nak post gambarnya sbb first product...tangan dah keras, lama benar xguna mesin jahit...jadi hasil jahitannya agak memalukan utk ditanyangkan. Dulu2 masa sekolah menengah, cikgu usrah saya merangkap cikgu kat sekolah jugak...pernah berpesan, kalo pakai pad sms period tu jangan lama2 sgt...mesti kerap tukar. Masa tu takde lah pikir apa2 sgt...kalo bleh tukar setiap 2 jam. Sbbnya yang kita tgk macam kapas tu sbnrnya adalah kertas2 recycle yang dirawat dgn bhn kimia sehingga menjadi putih melepak seperti kapas...correct me if I am wrong. Macam kita gunakan cecair peluntur utk putihkan pakaian yg kotor. So semasa proses pelunturan ini berlaku terhasillah pula bahan2 sampingan seperti Dioxin ni, bahan yang bertoksik sebenarnya. Long term effect kita tak tahu kan??
Kalo kita bleh buat perubahan untuk kebaikan kita sendiri....why not? Semuanya atas pilihan sendiri....
Berbalik kpd cp tadi, setelah menggoogle byk blog2 ttg cp, diy cp baik dr dlm dan negara....barulah sy dpt idea utk membuatnya sendiri.....rupa2nya mmg byk blog2 peribadi yg bercerita ttg cp nih....sy je yg ketinggalan...so much info utk diproses, sy jd hang kejap sbb xtau nak mula dr mn dan mcm mane padahal benda tu simple je....
Thanx to blogger2 yg kat luar sana yg byk memberi idea dan inspirasi spy sy pon dpt bercp jugak.....:))
Ptg td jgk sy google psl plier n snap button tu....mana nk cari nih....kat kedai hardware agak2nya ada tak?Ataupun kedai serbaneka??



Selamatkan Diri Anda Wahai Wanita Sekelian.

 Assalamualaikum semua. Topik pada kali ini mungkin akan mengundang tanda tanya para pembaca, nak selamatkan diri daripada siapa dan apa?  D...