Sebenarnya ini baru kali kedua sy buat scaling, cuma kali ini berbayar sebab masa first time dulu tu buat kat klinik gigi di universiti, so tak perlu lah bayar. Berbalik kpd scaling tadi, ramai di antara kita yang mungkin tak pernah atau sekali-sekala je pegi buat prosedur pembersihan gigi ni....macam sy ni hah, baru kali kedua....huhu. Masing-masing dengan alasan tersendiri, kerjalah, tak sempat, lambat nak tunggu giliran (klinik kerajaan), mahal (klinik swasta), takutla....dan mcm-mcm lagi.
Jadi apa sebenarnya scaling gigi nih? Perlu ke?Tak cukup ke dengan menggosok gigi 2 kali sehari atau tiap kali selepas makan?Ada side effect ke? Nak tahu lebih lanjut kenalah Google ye...cuz sy ni bukan doktor gigi...huhu.
So, nak cerita pengalaman sendiri buat scaling di sebuah klinik swasta di hometown sy. Proses keseluruhannya tidaklah memakan masa yang lama, dalam setengah jam gitu (bergantung berapa banyak tartar yang melekat di gigi...huhu) dan tidak terlalu sakit sehingga tahap nak menangis ke apa cuma rasa ngilu semasa doktor menggunakan alat iaitu ultrasonic scaler untuk mengeluarkan karang gigi atau plak keras yang melekat di gigi kita hasil tindak balas sisa-sisa makanan dan bakteria dalam mulut. Gusi sy bukan la kategori yg terlalu sensitif jadi masih boleh bertahan walaupun muka berkerut-kerut dibuatnya menahan ngilu dan sakit sikit. Dan doktor sendiri pun pesan kalau tak tahan kena bagitau dia....tapi alhamdulillah.....ok..
Semasa scaling dibuat doktor akan bersihkan tiap-tiap gigi yang kita ada luar dan dalam sehingga plak-plak atau kalkulus yang menempel selama bertahun-tahun tu dikeluarkan. Disebabkan karang gigi tu sudah lama dan keras jadi gusi akan berdarah sedikit.
Gambar : google
Selepas doktor buat scaling, dia akan buat polishing jugak dan bahan yang diletak tu rasanya macam ubat gigi . So, last sekali sy diminta berkumur dengan ubat kumur. Selesai juga akhirnya setelah lama bertangguh untuk buat scaling. Sebenarnya, kita disarankan buat scaling ni 6 bulan sekali kerana apa, ianya dapat mencegah daripada penyakit gusi dan juga kaviti daripada terbentuk.
Gigi terasa sangat bersih dan licin selepas buat scaling. Satu lagi, prosedur ini adalah selamat. Dan harga rawatan untuk scaling di klinik ini pun takde lah mahal manapun dalam range RM45 - RM50 sahaja. Untuk maintain kebersihan gigi, kena sentiasa menggosok gigi dengan cara yang betul dan amalkan flos gigi selalu.
Selamat Membaca.....

