Pages

Khamis

Habbatussauda Untuk Rawatan Sakit Tekak dan Batuk

Salam semua....I have something to share.
Beberapa bulan yang lepas, saya mengalami sakit tekak dan batuk yang berkahak. Sehinggakan kalau batuk tu sampai sakit dada dibuatnya dan tekak jadi sangat perit, so, kalau malam nak tidur tu sy terpaksa kemam strepsil supaya tekak tak kering dan sakit. Jadi disebabkan saya refuse untuk makan ubat batuk, selesema dan antibiotik, jadi saya usahakan sendiri untuk mengubati sakit tekak ni. Ubatnya adalah HABBATUSSAUDA.
Habbatusauda ni sangat2 berkesan mengubati sakit2 yang berkaitan kerongkong spt sakit tekak atau batuk. Ini saya dapat drpd buku ttg khasiat habbatussauda, madu, b.putih dll. Caranya mudah aje, ambil satu atau dua sudu kecil biji habbatussauda dan direbus dengan segelas air sehingga ianya mendidih. Kemudian, biarkan air rebusan itu sehingga suam and then berkumur menggunakan air rebusan tadi. Pastikan air tu kena pd bahagian tekak kita.....buat beberapa kali smpi puas hati.
Yang kedua ambil satu sudu kecil biji habbatussauda direndam dgn secawan air panas dan minum macam air teh. Kalo boleh bijinya dikunyah2 sekali....jgn dibuang. Last sekali ambil minyak habbatussauda dan disapu pada bahagian kerongkong kat luar.....
Itulah dia 3 kaedah utk merawat sakit tekak dan batuk juga. Malam itu jgk saya dapat tidur tanpa rasa xselesa kat tekak slps buat 3 step nih....Slps bbrp kali rawatan, sakit tekak saya hilang mcm itu shj dgn izin Allah swt. Batuk pun hilang...di samping tu sy amalkan minum madu.
Kalo kita pening2..kata mak sy.....just ambik biji habbatussauda nih dan dibungkus dgn kain perca dibuat spt bunjut, lps tu hidu aroma habbatussauda....Insya Allah, akan dpt mengurangkan pening tadi.

Rabu

Jamuan raya : Sate ayam kuah kacang.

Salam perkenalan buat semua yg sudi mengunjugi blog peribadi milik saya ini.
Hari Ahad walaupun cuti tp agak kepenatan jg krn seharian mengemas dan menolong suami memasak mknn utk student2 dia yg dtg beraya ke rumah kuarters kami yg tidak seberapa ini.
Thn dpn insya Allah baru lah dpt merasa tinggal di rumah
sendiri. Sblm ini tdk merancang pun utk membeli rumah di sini tetapi memandangkan we all masih lagi di sini, terasa rugi plak kalo tak beli rumah skrg. Harga rumah pun bukannya semakin murah ttp smkn tak msk akal plak harganya. Nasiblah...
Berbalik kpd menu hari, we all berdua sediakan sate ayam + kuah kacang+nasi impit, bihun goreng , spagetti bebola daging, sandwich sardin bermayonis dan jus oren + air teh.
Walaupun tak la banyak sgt juadahnya tp penat tak usah cerita lah.....sbb we all sediakan sendiri semuanya kecuali jus oren... he he he...kebetulan kat Giant offer F&N Fruit Tree Orange 1.5 l RM3.00 sebotol.
Sate yg suami buat mmg marvelous ...plus kuah kacang yg kawe buat pun bleh la tahan....hi3.

Resepi Kuah Kacang Sedap...(sukatan bahan main hentam2 saja).

Bahan2 nya:
Kacang tanah dlm 3 cwn
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 4 ulas
Cili kisar 2 cawan
Serai 2,3 batang
Belacan sikit
Gula Nisan sekeping dua
Air asam jawa

Caranya mudah aje:
Panaskan minyak kelapa sawit dlm secawan
Tumiskan bwg merah dan putih (suka letak b.putih, tak nak pun tak pe)
Tambahkan belacan dan cili kisar....masak sampai garing. Jgn lupa masukkan serai ye...
Masukkan kacang yang telah disangai dan dikisar
Lepas tu tambah air asam jawa
Masukkan gula gerek@nisan dan perasa
Dah pun siap....dr segi kepekatan tu bolehlah adjust ikut suka hati.....






Selasa

Mari tukar kepada cloth pad ....

Akhirnya berjaya jugak sy siapkan cp yg pertama....berbulan2 menangguhkan hasrat utk menghasilkan cp sendiri instead of beli yg ada kat online. Mcm2 design dan harga. Bukannya xpernah guna atau buat tp yang ini cp zaman skrg...dulu2 masa zaman sekolah jarang sangat guna pad yang dijual kat kedai2 atau pasaraya...biasanya pakai cp. Jadi utk mengembalikan rutin menggunakan cp yang mana ternyata lebih selamat drpd menggunakan pad biasa, jadi saya gagahkan diri merajinkan tangan dan kaki utk menjahit cp menggunakan kain2 yang ada kat store rumah. Tp xsanggup plak nak post gambarnya sbb first product...tangan dah keras, lama benar xguna mesin jahit...jadi hasil jahitannya agak memalukan utk ditanyangkan. Dulu2 masa sekolah menengah, cikgu usrah saya merangkap cikgu kat sekolah jugak...pernah berpesan, kalo pakai pad sms period tu jangan lama2 sgt...mesti kerap tukar. Masa tu takde lah pikir apa2 sgt...kalo bleh tukar setiap 2 jam. Sbbnya yang kita tgk macam kapas tu sbnrnya adalah kertas2 recycle yang dirawat dgn bhn kimia sehingga menjadi putih melepak seperti kapas...correct me if I am wrong. Macam kita gunakan cecair peluntur utk putihkan pakaian yg kotor. So semasa proses pelunturan ini berlaku terhasillah pula bahan2 sampingan seperti Dioxin ni, bahan yang bertoksik sebenarnya. Long term effect kita tak tahu kan??
Kalo kita bleh buat perubahan untuk kebaikan kita sendiri....why not? Semuanya atas pilihan sendiri....
Berbalik kpd cp tadi, setelah menggoogle byk blog2 ttg cp, diy cp baik dr dlm dan negara....barulah sy dpt idea utk membuatnya sendiri.....rupa2nya mmg byk blog2 peribadi yg bercerita ttg cp nih....sy je yg ketinggalan...so much info utk diproses, sy jd hang kejap sbb xtau nak mula dr mn dan mcm mane padahal benda tu simple je....
Thanx to blogger2 yg kat luar sana yg byk memberi idea dan inspirasi spy sy pon dpt bercp jugak.....:))
Ptg td jgk sy google psl plier n snap button tu....mana nk cari nih....kat kedai hardware agak2nya ada tak?Ataupun kedai serbaneka??



Isnin

Cabaran Merawat Anak Demam

Hati ibu mana yg tidak risau sekiranya si anak kecil mengalami demam panas. Demam itu tandanya sistem pertahanan anak kita sedang melawan sebarang jangkitan yang menyerang tubuh badannya. Itu yg sy fahamlah. Suhu yang terlalu tinggi boleh menyebabkan sawan. Gunakan termometer untuk mengukur suhu badan anak....paling ideal gunakan termometer digital.
Pastikan suhu badan anak tidak melebihi 39 darjah celcius. Selalunya saya akan berikan ubat homeopati kpd anak2 yg demam, krn ubat ini tiada kesan sampingan dan no drugs...of course! Jrg2 je bg PCM....kalau keadaan terdesak.
Lapkan kepala dan badan anak dengan kain basah sehingga mrk kebah atau berpeluh. Biasanya waktu tgh malam tu lah, demam makin tinggi. Walaupun dah diberikan ubat, saya akan ttp lapkan badan mrk sehinggalah mrk berpeluh atau suhu dah turun....barulah lega hati saya dan blehlah nak lelapkan mata.
Anak yg demam jgn pula xbg mandi....mandi 3 kali sehari spt biasa. Beri mrk minum air ataupun jus buah supaya dapat menyejukkan badan dr dalam. Biasanya anak yang demam kurang selera nak makan atau minum. Jadi saya selalunya gunakan straw atau suapkan mrk menggunakan syringe. Di sini saya jg nak kongsikan bbrp surah yang boleh dibaca untuk anak2 yg demam. Bacakan :

1. Surah Al-Fatihah
2. Surah As-Syam atau
3. Surah Al-Lail atau Al-Insyirah ke atas air dan diberi minum anak yang demam.

In Sha Allah, dengan segala usaha, doa dan tawakkal semoga anak kita disegerakan sembuhnya.
Letih mmg letih, kdg2 xcukup tido dan selalunya terpaksa amik cuti utk jaga mrk sendiri...kadang2 sy berseloroh dgn suami kalau diaorg nak demam, biarlah time2 cuti spy kami xperlu amik cuti dan menjaga mrk sendiri. Kalo tak kan, tak senang duduk kat tmpt kerja. Kejap2 kan tepon pengasuh anak atau pun tadika, nak tahu keadaan mrk.
Ini semua adalah ujian dariNya. Anak adalah amanah Allah swt yg mesti dijaga sebaik2 nya.

Ahad

Skrub madu + kulit kayu manis homemade

Sy mmg sukakan bahan2 yg semulajadi ...yang homemade. Sejak drpd dulu lg sy lebih suka gunakan bahan2 semulajadi utk merawat muka. Tapi apb sudah berkeluarga dan bekerja ditambah pula tidak lg tinggal di kampung....menjadikan sy smkn melupakan rutin menggunakan bhn2 semulajadi utk merawat muka. Kdg2 je buat...pastu tinggal. Lgpun, produk2 yg ada skrg tak perlu nak susah2, cuma buka penutup, picit dan terus bleh cuci muka. Ttp apb mengetahui ttg kesan sampingan bhn2 kimia yang ada dlm produk2 nih, sy jd bersemangat semula utk meneruskan rutin yg dahulu. Lagi pula sy ni bkn jenis yg berdisiplin nak ikut step by step, cuci pastu toner dan pelembap. Kadang2 pg kerja pun xsempat pakai toner, pelembap dan krim...last2 toner dan krim terpaksa dibuang sbb xhabis dipakai...he3. Saya xsuka menggunakan skrub yang ada kat pasaran sbb sesetengahnya bleh buat kulit muka jadi kering dan kdg2 tu pedih plak....
Kali ni nak share bahan2 yg mudah dan selamat untuk dijadikan skrub muka.
Hanya menggunakan sedikit madu asli ditambah serbuk kayu manis dan bbrp titis minyak kelapa dara, kalo nk tambah la (mmg suka dgn vco). Semua bahan2 td digaul rata atau kalo buat banyak utk simpan, bleh diblend.
Bau campuran bhn2 ini sgt wangi dan sedap...suka sgt dgn aromanya.....nyum2.
Lepas tu, oleskan kt muka, leher dan jgn lupa kat bibir sekali dan tunggu sampai kering, and then bila nak bilas tu bleh lah buat putaran2 kecil kat muka utk membuang sel2 kulit mati...selepas dibilas, muka terasa bersih, lembut dan licin. Bleh diamalkan 2,3 hari sekali, ikut suka lah....he3.
Cuba jgn tak cuba.




Sabtu

Surah Al-An'aam ayat 1 dan 3

Entri kali ini sy nak berkongsi sdkt ttg kelebihan ayat 1-3 Surah Al-An'aam (Binatang Ternakan). Antaranya ialah untuk penjagaan diri drpd kezaliman, sihir dan khianat org.
Jadi wiridkanlah ayat2 ini setiap hari iaitu sesudah solat Maghrib dan Subuh. In Sha Allah kita terpelihara drp perkara2 sedemikian.
Selain itu jgk, ayat 1-3 surah ini boleh dibaca utk mengubati sakit disebabkan kemasukan jin ke, sakit perut dll. Kita hanya perlu membaca ayat2 ini lalu menelan air ludah kita sendiri sambil membayangkan meratakan penyakit itu di seluruh anggota yang sakit itu dan seterusnya mengusirnya atau mengeluarkannya dari tubuh yg sakit itu.


Untuk terjemahan sila rujuk tafsir Al-Quran.
Sumber rujukan dr Buku Senjata Mukmin.

Masker Yogurt.



Selain sedap dimakan, yogurt jg bleh digunakan utk dibuat masker.
Ini berdasarkan pengalaman sendiri, sy mmg suka menggunakan bhn2 natural yg semestinya tidak mengandungi bhn kimia berbahaya.
Caranya ambil saje 1 atau 2 sudu kecil yogurt asli dan dititiskan dgn air perahan limau nipis atau lemon(tak nak letak pun xpe) dan siap utk disapu ke muka dan leher.
Hasilnya, setelah masker tu kering, bilas dgn air, kulit kita akan terasa lembut dan lembap. Pori-pori mengecil dan kulit muka nmpk lebih bermaya dan gebu.
Amalkan lah selalu supaya mendpt hasil yg dikehendaki.
Ini yg sy dpt drp internet, yogurt dapat:

1. Mencerahkan kulit
2. Mengecilkan liang2 pori
3. Memudarkan jerawat
4. Anti penuaan


Selamatkan Diri Anda Wahai Wanita Sekelian.

 Assalamualaikum semua. Topik pada kali ini mungkin akan mengundang tanda tanya para pembaca, nak selamatkan diri daripada siapa dan apa?  D...