Pages

Ahad

Skrub madu + kulit kayu manis homemade

Sy mmg sukakan bahan2 yg semulajadi ...yang homemade. Sejak drpd dulu lg sy lebih suka gunakan bahan2 semulajadi utk merawat muka. Tapi apb sudah berkeluarga dan bekerja ditambah pula tidak lg tinggal di kampung....menjadikan sy smkn melupakan rutin menggunakan bhn2 semulajadi utk merawat muka. Kdg2 je buat...pastu tinggal. Lgpun, produk2 yg ada skrg tak perlu nak susah2, cuma buka penutup, picit dan terus bleh cuci muka. Ttp apb mengetahui ttg kesan sampingan bhn2 kimia yang ada dlm produk2 nih, sy jd bersemangat semula utk meneruskan rutin yg dahulu. Lagi pula sy ni bkn jenis yg berdisiplin nak ikut step by step, cuci pastu toner dan pelembap. Kadang2 pg kerja pun xsempat pakai toner, pelembap dan krim...last2 toner dan krim terpaksa dibuang sbb xhabis dipakai...he3. Saya xsuka menggunakan skrub yang ada kat pasaran sbb sesetengahnya bleh buat kulit muka jadi kering dan kdg2 tu pedih plak....
Kali ni nak share bahan2 yg mudah dan selamat untuk dijadikan skrub muka.
Hanya menggunakan sedikit madu asli ditambah serbuk kayu manis dan bbrp titis minyak kelapa dara, kalo nk tambah la (mmg suka dgn vco). Semua bahan2 td digaul rata atau kalo buat banyak utk simpan, bleh diblend.
Bau campuran bhn2 ini sgt wangi dan sedap...suka sgt dgn aromanya.....nyum2.
Lepas tu, oleskan kt muka, leher dan jgn lupa kat bibir sekali dan tunggu sampai kering, and then bila nak bilas tu bleh lah buat putaran2 kecil kat muka utk membuang sel2 kulit mati...selepas dibilas, muka terasa bersih, lembut dan licin. Bleh diamalkan 2,3 hari sekali, ikut suka lah....he3.
Cuba jgn tak cuba.




Sabtu

Surah Al-An'aam ayat 1 dan 3

Entri kali ini sy nak berkongsi sdkt ttg kelebihan ayat 1-3 Surah Al-An'aam (Binatang Ternakan). Antaranya ialah untuk penjagaan diri drpd kezaliman, sihir dan khianat org.
Jadi wiridkanlah ayat2 ini setiap hari iaitu sesudah solat Maghrib dan Subuh. In Sha Allah kita terpelihara drp perkara2 sedemikian.
Selain itu jgk, ayat 1-3 surah ini boleh dibaca utk mengubati sakit disebabkan kemasukan jin ke, sakit perut dll. Kita hanya perlu membaca ayat2 ini lalu menelan air ludah kita sendiri sambil membayangkan meratakan penyakit itu di seluruh anggota yang sakit itu dan seterusnya mengusirnya atau mengeluarkannya dari tubuh yg sakit itu.


Untuk terjemahan sila rujuk tafsir Al-Quran.
Sumber rujukan dr Buku Senjata Mukmin.

Masker Yogurt.



Selain sedap dimakan, yogurt jg bleh digunakan utk dibuat masker.
Ini berdasarkan pengalaman sendiri, sy mmg suka menggunakan bhn2 natural yg semestinya tidak mengandungi bhn kimia berbahaya.
Caranya ambil saje 1 atau 2 sudu kecil yogurt asli dan dititiskan dgn air perahan limau nipis atau lemon(tak nak letak pun xpe) dan siap utk disapu ke muka dan leher.
Hasilnya, setelah masker tu kering, bilas dgn air, kulit kita akan terasa lembut dan lembap. Pori-pori mengecil dan kulit muka nmpk lebih bermaya dan gebu.
Amalkan lah selalu supaya mendpt hasil yg dikehendaki.
Ini yg sy dpt drp internet, yogurt dapat:

1. Mencerahkan kulit
2. Mengecilkan liang2 pori
3. Memudarkan jerawat
4. Anti penuaan


Selamatkan Diri Anda Wahai Wanita Sekelian.

 Assalamualaikum semua. Topik pada kali ini mungkin akan mengundang tanda tanya para pembaca, nak selamatkan diri daripada siapa dan apa?  D...