Pages

Isnin

Selamatkan Diri Anda Wahai Wanita Sekelian.

 Assalamualaikum semua.

Topik pada kali ini mungkin akan mengundang tanda tanya para pembaca, nak selamatkan diri daripada siapa dan apa? 

Dan bagaimana?

Saya bukanlah orang yang arif dalam hal-hal agama, cumanya saya ingin berkongsi dan ingin mengingati diri sendiri dan sahabat-sahabat semua terutamanya kaum wanita. Especially yang sudah berkahwin!

Ingat lagi tak kisah perjalanan Rasulullah SAW dalam Israk & Mikraj. Baginda melihat penghuni Neraka kebanyakannya adalah terdiri daripada kaum wanita. Walaupun pahit untuk dihadam dan ditelan tetapi itulah hakikatnya. Pasti kita mempercayai kata-kata Rasulullah SAW lebih daripada diri sendiri, kan?

Jadi, dipendekkan bicara, perbanyakkan lah berSEDEKAH wahai sahabat-sahabatku. Jangan kedekut dengan harta yang kita miliki. Janji Allah SWT pasti benar. Yang ikhlas bersedekah tidak akan rugi baik di dunia dan di akhirat.

Saya bercakap dari perspektif orang2 biasa yang imannya ada naik dan turunnya, sebab saya pun selalu buat silap!😢😢 Of course, sedangkan lidah lagi tergigit, lagikan pula ......sambung sendiri ye....

Dan saya sendiri kadang-kala leka dengan dunia sendiri, keluarga dan kerjaya sehingga terlupa bahawasanya ada orang-orang di sekeliling kita yang sangat memerlukan bantuan dan pertolongan kita baik segi kewangan, tenaga, masa dan sebagainya.

Selain banyakkan memohon ampun kepada Allah SWT ....berSEDEKAH adalah antara usaha2 kita untuk selamatkan diri ketika berada di alam sana....

Tanamkan azam untuk istiqomah dalam bersedekah. Kalau dapat bersedekah setiap hari tu kira baguslah. Paling kurang pun seminggu sekali iaitu mengikut kemampuan masing-masing.

Jom kita BERSEDEKAH.

Sampai bertemu kembali, bye.





Selamatkan Diri Anda Wahai Wanita Sekelian.

 Assalamualaikum semua. Topik pada kali ini mungkin akan mengundang tanda tanya para pembaca, nak selamatkan diri daripada siapa dan apa?  D...